Tuesday, 13 September 2011

Sah! Shahz Jaszle Bercinta Dengan Miera Liyana....

Salam Sejahtera Dan Salam 1Malaysia...citer yang cukup panas ni bakal menyirapkan darah peminat2 shahz...Shahz kini sah bercinta dengan Miera Liyana...huhuhu melepas korang untuk dapatkan jejaka melaya abad ni...tp Ada Aku Kesah...layan citer yg dikeluarkan oleh murai.com...


KUALA LUMPUR, 12 SEPT 2011: Selepas percintaannya dengan aktres Maria Farida terputus di tengah jalan, kemudian dikaitkan pula dengan pelakon baru jelita Neelofa, akhirnya aktor muda Shahz Jaszle membuka mulut mengenai cinta hatinya.
Akui Shahz Jaszle, dia kini sedang bercinta dengan pelakon seksi Miera Liyana dan mengharapkan pengakuan cintanya itu akan melenyapkan segala gosip lain.

Jelas Shahz Jaszle, dia sememangnya telah tertawan pada gadis tersebut sejak 8 tahun lalu apabila mereka berdua bersekolah di sekolah yang sama di Sekolah Menengah Taman Tun Ismail.

Namun disebabkan rakan baiknya menyukai gadis berkenaan, membuat jejaka tersebut terpaksa menyimpan perasaannya kerana menghormati sahabatnya itu.

"Saya dah lama minat Miera sejak 8 tahun lalu ketika kami sama-sama belajar di sekolah yang sama. Tapi sebab kawan baik saya suka dia jadi perasaan itu saya pendamkan sahaja. Tapi tak disangka apabila kami disatukan dalam filem Rentaz akhirnya membuatkan saya rapat dengannya dan sekaligus menjalinkan hubungan cinta," katanya sambil tersenyum manis.

Ditemui pada penggambaran filem Rentaz di Pulau Pinang minggu lalu, akui Shahz Jaszle, hubungan mereka berdua telah pun direstui kedua-dua belah keluarga.

"Alhamdulillah, kedua-dua belah keluarga dan merestui hubungan kami. Jadi saya sendiri sangat gembira dengan perkembangan ini. Sikapnya yang gila-gila, ceria antara penyebab kami boleh bersama," jelasnya lagi.

Ditanya adakah dia merupakan seorang pelakon yang gemar jatuh cinta di lokasi, Shahz Jaszle menafikan perkara tersebut.

"Tidak saya bukan jenis orang macam itu. Saya memang dah suka Miera sejak 8 tahun lalu dan Rentaz memberi peluang kepada kami untuk rapat dan bercinta. Bukannya saya suka dan bercinta dengan dia selepas terlibat dengan filem ini," katanya mengakhiri perbualan.

Salam Sejahtera Semua....

Assalamualaikum dan Salam sejahtera...Blog ini diwujudkan hanya untuk orang-orang yang inginkan maklumat yang terkini dan berita semasa yang pantas lagi segar bugar...Insyallah akan diusahakan untuk permualaan ini...okey...Selamat Berbloging...heheheh....Ada aku kesah...